Kumpulan bangsa yang tidak bersyukur yang dimaksudkan oleh penulis adalah HINDRAF. Pertubuhan yang sering kali merosakkan nama Malaysia di persada dunia dengan tohmahan dan fitnah-fitnah yang tidak berasas sama sekali. Pada tahun lepas, kumpulan ini juga turut mengadakan demonstrasi dengan alasan kebajikan masyarakat India di Malaysia tidak dijaga dan terabai. Sedangkan setelah 53 tahun Malaysia sudah merdeka pendidikan anak-anak mereka tidak disisihkan, ekonomi masyarakat mereka dijaga, serta kepentingan dan hak dijaga sama rata dan adil. Apa lagi yang mereka tidak puas hati. Terbaru pada 27 Februari 2011 sekali lagi kumpulan ini megadakan demonstrasi di KLCC yang bertujuan untuk menyatakan bahawa Interlok kononya Rasis. Mereka mendakwa bahawa dengan perkataan ‘paria’ yang terdapat dalam buku tersebut seperti menghina kaum India di Malaysia.
Interlok sebuah buku sastera telah dihasilkan 40 tahun dahulu yang oleh sasterawan negara Abdullah Hussian, dan kini buku ini menjadi salah satu buku sastera pelajar Sekolah Menengah Atas. Apa yang memeranjatkan banyak pihak, baru kini novel ini menjadi satu permasalahan yang besar kepada negara sehinggakan ada sesetengah parti politik mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai modal untuk memberi ceramah kepada umum. Penulis bersetuju apa yang diperkatakan oleh Tun Dr. Mahathir, katanya :
“ Sekarang kita dengar pendapat bahawa dalam menulis sejarah negara kita sensitiviti semua kaum mesti diambil kira. Soalnya setakat manakah yang sensitiviti boleh menidak kebenaran sejarah? Jika ia keterlaluan maka sejarah yang akan dipelajari oleh penuntut kita akan menjadi cerita dongeng dan bukan sejarah.Umpamanya ada dakwaan berkenaan dengan penduduk asal semenanjung ini yang bercanggah dengan kebenaran. Apakah kerana sensitifnya perkara ini maka kita tidak akan sebut berkenaan penduduk asal negeri-negeri Semenanjung, berkenaan orang asing yang datang menduduki semenanjung ini, yang menjadikan bahasa tempatan sebagai bahasa mereka, menerap sebahagian daripada budaya dan pakaian tempatan sebagai budaya dan pakaian mereka. Sekarang tidak ada lagi orang seperti ini kerana di zaman ini perlakuan seperti ini tidak dapat diterima oleh kaum tertentu. Oleh kerana semua ini, maka janganlah kita terlalu ghairah untuk tidak menyentuh sensitiviti kaum-kaum di negara tercinta ini sehingga hilang segala pelajaran yang boleh diperolehi dari sejarah kita yang benar.”
Kesimpulannya, sejarah ini perlu diketahui oleh semua pihak kerana jika ia tidak dipelajari atau diketahui maka terdapatlah manusia-manusia yang buta sejarah sehinggakan apa yang dilaung dan dijerit oleh sesetengah kumpulan diturut dan dilaung bersama. Bak kata George Santayana, seorang ahli pemikir Amerika, "Mereka yang lupa akan sejarah akan didera dengan mengulangi kesilapan mereka berkali-kali". Jadi renung-renungkanlah kumpulan-kumpulan bangsa yang tidak menghargai dan mensyukuri dengan apa yang telah anda perolehi!
No comments:
Post a Comment