Monday, October 5, 2009

PENJELASAN...........................

Pada hari semalam heboh dibicarakan berkaitan dengan isu posting yang dikatakan akan dibeku oleh pihak Kerajaan bermula pada tahun 2010 sehingga 2012. Namun, setelah tamat mesyuarat pada petang tadi antara TNC A&A dan YDP serta NYDP MPP UPSI, begini penjelasannya. Pertama sekali dalam ucapan TNC A&A, beliau tidak pun menyebut perkataan "dibekukan", ia hanya mengatakan "kelewatan", ternyata blog UPSIkini telah salah dalam menyampaikan berita.

Seterusnya, berbalik kepada masalah tadi, sebenarnya KEMUNGKINAN kelewatan dalam posting bagi semua pelajar di institusi yang mengambil bidang pendidikan akan berlaku. Hal ini akibat daripada masalah ekonomi yang dihadapi oleh pihak kerajaan. Walaubagaimanapun, para sahabat tidak perlu panik dengan kenyataan ini. Masalah ini cuma berpunca daripada masalah ekonomi negara, namun sekiranya ekonomi negara berada pada tahap yang memberangsangkan seperti yang dimaklumkan oleh pihak media, bahawa ekonomi akan berada pada tahap positif bermula pada tahun hadapan. Jadi bagi penulis para sahabat tidak perlu risau berkaitan dengan isu ini.

Selain itu, kelewatan ini mungkin akan mengambil masa selama 2 hingga 4 bulan apabila perkara ini benar-benar berlaku. Cuma tidaklah semua pelajar akan menghadapi kelewatan tersebut kecuali bagi mereka yang mempunyai pointer yang baik selain sesi temuduganya turut berada pada keadaan baik. Namun, kelewatan ini tidak berpanjangan dan bukan dibekukan teruskan selama 2tahun, cuma posting para pelajar ini akan berlaku secara berperingkat. Sebarang pertanyaan boleh menghantar email ke email penulis, (virus_kozaski87@yahoo.com)

No comments:

Post a Comment