Tuesday, October 6, 2009

Pilihanraya Kampus Sudah Kembali......

Dato Seri Khalid Nordin, Menteri KPT memaklumkan bahawa bermula pertengahan bulan ini sehingga awal tahun hadapan pilihanraya kampus (PRK) akan bermula tetapi ia bergantung kepada keputusan di peringkat universiti masing-masing tarikh yang dinginkan. Hal ini beikutan daripada penurunan kuasa KPT kepada Naib Canselor setiap universiti bagi menentukan bila PRK universiti akan diadakan. Universiti Malaysia Perlis (UniMap) akan bermula sesi penamaan calon pada esok (7.10.09) dan PRK akan diadakan pada 14.10.09. Manakala PRK di UUM akan bermula pada 12.10.09. Makluman penulis terima, setakat ini di UUM baru sahaja tamat pengambilan borang untuk penamaan calon yang dijangka akan diadakan pada 8.10.09.

Selain itu, seperti biasa sekiranya adanya PRK pelbagai isu yang dimainkan oleh pihak lawan. Walaubagaimanapun, kali ini isu yang sedang hangat berlaku di UUM adalah berkaitan dengan E-Voting. Akibatnya, telah wujud bantahan secara bertulis untuk diberikan kepada TNC UUM terhadap pelaksanaan sistem undian secara berkomputer yang disampaikan oleh Pengerusi Pakatan Mahasiswa Agama UUM. Selain itu, bukan sahaja UUM bahkan di UM dan UPM. Sehinggakan "gedebe-gedebe" ini membandingkan isu e-voting ini dengan pemilihan MT UMNO dan menempelak menteri KPT berkaitan dengan isu ini disebuah laman web. Selain itu, makluman yang diterima, pada PRK kali ini dijangkakan Pro Mahasiswa di UUM hanya akan meletakkan 8 calon sahaja dan kesemua calon tersebut dijangka hanya akan bertanding di kerusi umum manakala bagi kerusi kolej kdijangka tiada calon yang akan diletak berikutan daripada kekurangan calon Pro Mahasiswa di UUM.

Diharapkan sahabat-sahabat di sana meneruskan perjuangan mereka dengan sebaik mungkin dan semoga berjaya dalam PRK kali ini kami dari "Kepimpinan Bitara" MPP UPSI sesi 08/09 ucapkan.

No comments:

Post a Comment