Pada 3 Oct 2009 iaitu pada hari sabtu, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa (TNC A & A) UPSI telah berucap dalam program 'Simposium Hala Tuju Fizik' di kampus pada tempoh hari. Pada ucapannya, beliau telah menyampaikan maklumat bahawa pada tahun 2010, posting akan dibekukan akibat daripada masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak kerajaan. Hal ini sedikit sebanyak telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan mahasiswa yang bakal bergelar guru tidak lama lagi. Perkara ini telah disebarkan oleh laman blog "pembangkang"yang begitu popular di UPSI iaitu UPSIkini. Walaubagaimanapun maklumat lanjut akan dimaklumkan di laman blog ini dalam masa yang terdekat. Penulis berharap agar para sahabat semua tidak berasa panik atau terlalu memikirkan kenyataan tersebut.
No comments:
Post a Comment