Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca. Alhamdulillah setelah hampir sebulan kta menahan diri dari lapar dan dahaga serta mengawal nafsu keinginan kita, akhirnya bulan kemenangan yang dinanti bakal tiba tidak lama lagi. dikesempatan ini, penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga UPSI terutama sekali barisan pentadbiran UPSI, pensyarah-pensyarah, saf kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI yang penulis sayangi serta sahabat yang mengenali diri penulis baik di UPSI mahupun di luar.
Semoga kita semua akan diberi kesempatan untuk bertemu bulan Ramadhan pada masa akan datang. Diharapkan kepada pemandu-pemandu semua berhati-hati di jalan raya. Pastikan destinasi yang hendak di tuju dirancang dan dicapai dengan sebaik mungkin. Ingatlah ayah, ibu dan keluarga anda sedang menanti dengan penuh sabar di halaman rumah. Seperkara lagi, anda semua dinasihatkan menjaga kesihatan dengan sebaik mungkin dalam mencegah daripada dijangkiti penyakit H1N1. harus diingat bahawa gelombang kedua H1N1 dijangka pada bulan Oktober.
Kepada rakan-rakan di UPSI jangan lupa anda semua perlu pulang semula ke UPSI sebelum 28.9.2009 kerana keesokkan harinya kuliah minggu ke 11 akan bermula.
No comments:
Post a Comment