Monday, September 28, 2009

Apalah Nasib ‘Golongan Kita’??…..

Apabila disebut dengan hutang kita tidak boleh lari dari membayangkan wang. Selain itu, dalam dewasa ini juga hutang turut dikaitkan dengan ‘Along’ tetapi bukan dua perkara ini yang saya ingin bicarakan. Dalam zaman serba maju dengan sistem pendidikan yang semakin berdaya saing, ramai di antara golongan pemuda @ belia yang ingin menambahkan lagi pengetahuan yang sedia maklum tidak cukup ketika di bangku sekolah. Walaubagaimanapun, hasrat sesetengah belia untuk melanjutkan pelajaran baik ke IPTA, IPTS dan ke luar negara terhalang gara-gara kekurangan kewangan untuk membiyai kos pendidikan yang perlu ditanggung. Adakah sebab itu banyak di antara pemuda pemudi sekarang terjebak dengan perkara tidak bermoral seperti yang sedang heboh dan tidak henti diperkatakan? Anda fikirkan? Bagi golongan yang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran pula sejak awal-awal lagi telah berhutang, bukan dengan ‘Along’ atau jiran tetangga tetapi dengan PTPTN. Satu badan yang begitu terkenal di Malaysia dan sehinggakan ada ‘orang’ yang mengata tanpa PTPTN mampukah anak-anak Melayu atau golongan yang tidak berkemampuan mampu melanjutkan pelajaran ke menara gading. Apabila tamat sahaja belajar, ‘surat berlagu pilu’ tiba, bukan dari kekasih diseberang laut tetapi surat dari ibu kota, di mana ia tertera supaya meminta penama tersebut membayar hutang seperti yang dijanjikan. Cuma apa yang ingin saya lontarkan di sini, di mana silapnya pendidikan kita? Adakah kosnya begitu tinggi sehingga tidak mampu dibiayai oleh penduduk di negara untuk menghantar anak mereka ke menara gading atau kelemahan pada kerajaan sehingga tidak mampu membantu keperluan utama para belia di negara ini. Kerajaan mampu membiayai berbilion-bilion ringgit semata-mata untuk membeli 2 kapal selam dari Perancis tetapi pendidikan bakal peneraju negara tercampak di merata-rata tempat sehinggakan wujud IPT terselit di sekitar kedai mamak. Bagi penulis, sekiranya duit yang berbilion-bilion ringgit dilaburkan untuk pendidikan para belia di negara ini, bukan sahaja 2 kapal selam mampu dibina bahkan kilang membuat kapal selam dan senjata tentera untuk keselamatan negara mampu dibina. Adakah memberi masalah pada ekonomi negara sekiranya aset yang ada di Bank Negara diberikan untuk pendidikan anak-anak muda,bukan semua tetapi tak sampai separuh darinya. Lebih baik sekiranya yuran pengajian di IPT diberi secara percuma. Hatta pelajar-pelajar di IPTA kerajaan mampu tanggung hampir separuh darinya, kenapa tidak pelajar di semua IPT ditanggung semuanya yuran pengajian. Adakah wujud diskriminasi pelajar di IPTA dengan IPTS? Adakah membebankan negara dalam merangka RMK KE-10 dan yang akan datang.

No comments:

Post a Comment