Saturday, July 4, 2009

UPSI kini!! oh.... UPSI kini!!

Dakwaan yang dilemparkan UPSIkini kepada En Muzamil berkaitan dengan isu ketika post mortem adalah tidak benar sama sekali. Saya merasakan pihak yang menulis blog tersebut tidak tahu menahu berkaitan dengan isu ini dan berkemungkinan besar dia memperoleh maklumat tersebut dari orang yang mungkin dikatakan menyalahtafsirkan kenyataan yang dibuat oleh En Muzamil. Bagi saya, pihak UPSIkini merupakan pihak yang tidak menyayangi UPSI. Hal ini kerana para pembaca boleh melihat bagaimana hal 'rumah tangga' atau isu-isu yang berkaitan dengan UPSI yang saya kira tidak perlu dihebohkan kepada orang luar diceritakan kepada orang ramai. Sekiranya hal yang remeh temeh dihidangkan kepada orang yang tidak sepatutnya diketahui, saya rasa tidak perlu untuk diwartakan. Saya tidak pasti sama ada pihak UPSIkini adalah guru yang didik dan diajar untuk menjadi guru yang diingini oleh masyarakat atau menjadi penyampai berita blog yang saya rasa menambahkan dosa sahaja. Yang pihak UPSI kini tahu hanya memfitnah dan memfitnah. Memalukan pihak UPSI sahaja. Inikah umat Islam yang diharapkan oleh Nabi besar junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Ingat-ingatlah pihak UPSIkini, liang lahad menanti anda dan hari perhitungan akan tiba segala amalan baik buruk anda akan dikira. Fikir-fikirlah.

1 comment:

  1. Saya sangat setuju dengan pandangan tuan. UPSIKINI bukan saja pengkhianat kpd Ibu Kandung tetapi juga wakil pembangkang parti politik yg bertopengkan pejuang kebenaran melalui kebebasan pelajar.
    Anak Kandung 88/89

    ReplyDelete