Wednesday, July 22, 2009

HARI SEMAKIN CEPAT BERLALU

Itulah ungkapan yang dituliskan di dada petikan ini. Hari semakin cepat berlalu.. hanya tinggal 3 bulan lagi sisa-sisa perjuangan aku di kerusi Bendahari MPP UPSI akan berakhir.. Sewaktu menerima watikah dari Naib Canselor UPSI terasa begitu berat tanggungjawab yang harus dipikul tetapi hari demi hari berlalu tanpa disedari sudah 7 bulan aku menjadi ahli MPP UPSI.. Terasa masih ada perkara yang aku rasa belum puas aku lakukan dan perjuangkan demi sahabat-sahabat dan perjuangan aku sebagai pemimpin muda negara. Tetapi harus diakui masa tidak akan menanti kita sebaliknya selagi diberi ruang dan pelung gunakanlah untuk mengutip pelbagai pengalaman untuk di bawa pada masa akan datang apabila bergelar guru atau pemimpin negara.. Insyallah.. Sedih juga rasanya ingin meninggalkan perjuangan sebagai pemimpin mahasiswa.. Pentas yang julung-julung kali aku naiki sehingga pelbagai pengalaman dan kenangan pahit dan manis aku temui sepanjang bergelar pemimpin mahasiswa yang boleh dikatakan dapat dirasai sekali dalam seumur hidup.. Pesanku kepada sahabat seperjuangan teruskan sisa-sisa perjuangan kita sebagai pemimpin mahasiswa semoga apa yang diamanahkan akan terlaksana apabila tamatnya khidmat kita kepada universiti dan sahabat-sahabat kita..

No comments:

Post a Comment