Alhamdulillah buat julung-julung kali UPSI menjadi tuan rumah bagi siri seterusnya dalam rancagan suara siswa. Di mana pada kali ini isu yang ingin dikupas dan diperdebatkan berkaitan dengan isu PPSMI dimansuhkan? ahli-ahli panel yang hadir pada kali ini ialah selaku tuan rumah UPSI menampilkan Naib Canselor sebagai ahli panel utama, diikuti dengan YDP MPP UM dan YDP MPP UIA.. Siaran langsung diadakan pada jam 8.00 malam bertempat di dewan SITC.. Alhamdulillah sambutan yang diberikan oleh mahasiswa UPSI amat memberangsangkan. Cuma apa yang meniti di bibir-bibir mahasiswa sebelum berlangsungnya rancangan tersebut adalah berkaitan dengan ahli panel yang hadir. Heboh dikatakan kenapa YDP MPP UPSI tidak dipilih sebagai ahli panel dalam rancangan tersebut. Sehingga dikatakan kredibiliti YDP MPP UPSI sudah hilang sehingga tidak terpilih sebagai ahli panel.. Adakah ini satu kenyataan yang benar lagi sahih atau ia hanya omongan kosong.. Bagi saya, kredibiliti seorang pemimpin tidak terletak pada jemputan bagi memeriahkan sesuatu majlis atau program yang dijalankan tetapi dari segi kerja dan usaha yang dilakukan.. Bagi saya ini merupakan satu kenyataan yang ingin melemahkan semangat YDP sendiri dalam usaha pihak-pihak tertentu dalam memulakan Perang Saraf sebelum paluan gendang pilihanraya kampus akan dipalu. Saya rasa seandainya ditanya kepada pihakpenganjur iaitu RTM kenapa YDP MPP UPSI tidak dipilih sebagai ahli panel saya yakin dan pasti bukan jawapan dari mulut mereka 'YDP MPP UPSI tidak ada kredibiliti' tetapi mugkin ada sebab-sebab yang lain. andai kata tiada kredibilitinya kenapa di Konvensyen Kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar di UTHM beliau terpilih sebagai ahli panel sedangkan pada waktu itu hampir 20 pemimpin mahasiswa dari seluruh IPTA di Malaysia hadir..
No comments:
Post a Comment