MPP UPSI akan mengadakan kutipan derma kepada orang ramai di sekitar UPSI dalam usaha untuk membuat sebuah madrasah di Kemboja. Hal ini merupakan penerus daripada baktisiswa yang dijalankan oleh ahli MPP ke Kemboja pada 1-8 Jun yang lalu. Hasrat ini juga telah mendapat persetujuan daripada Naib Canselor UPSI. Perbincangan ini dijalankan pada Mesyuarat Pengurusan Eksekutif (MPE) yang lepas selepas pembentangan gerak kerja dan hasil yang dilakukan oleh ahli MPP untuk menabur bakti di bumi Kemboja.
Selain itu, khabarnya madrasah itu akan diberi nama ‘Madrasah Idrisiyah’ tetapi masih belum mendapat perkenan daripada Sultan Perak. Setelah Madrasah tersebut siap dibina berkemungkinan besar bakal guru di UPSI akan di hantar ke sana untuk membuat praktikal. Cadangan ini begitu baik sekali dalam usaha kita membantu saudara-saudara kita yang berada di sana selain merapatkan lagu hubungan dua hala antara negara dan universiti dengan negara di sana. Untuk pengetahuan semua kutipan derma akan diadakan pada minggu hadapan dan jangkaan kos untuk membina madrasah tersebut dianggarkan sekitar RM15,000.00.
No comments:
Post a Comment