Wednesday, July 1, 2009

Kenyataan tidak benar dari UPSIkini !!!!

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan rahmatnya dapat saya menyambung penulisan saya dalam blog ini.. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua Selretariat Minggu Suaikenal (SMS) ambilan Julai 2009/2010 kerana telah menjayakan program minggu suaikenal dengan jayanya dan akan melabuhkan tirainya pada keesokkan hari.. Walaubagaimanapun saya agak tertarik dengan kenyataan yang disampaikan oleh penulis blog UPSIkini.. Isunya di sini berkaitan dengan pembatalan Malam Bersama Pemimpin yang sepatutnya akan diadakan pada malam ini. Untuk pengetahuan semua kenyataan yang dihidangkan oleh blog tersebut adalah tidak benar sama sekali. Saya ingin menjelaskan bahawa perancangan yang sepatutnya pada Malam Bersama Pemimpin tersebut akan dihadiri oleh Timb. Menteri Pengajian Tinggi M'sia iaitu Dato' Saiffudin Abdullah. Mengenai kehadiran Dato' Zambry ia hanyalah perancangan sahaja dan segala surat menyurat bagi menjemput MB Perak tidak wujud sama sekali. Boleh dikata Dato Zambry juga tidak tahu perancangan SMS untuk menjemput beliau pada Malam Bersama Pemimpin. Jadi fitnah yang dilemparkan oleh UPSIkini adalah tidak benar. Ternyata Pro Mahasiswa di Upsi yang bertunjangkan motto 'Pro Kebajikan' adalah penipu belaka. fikir-fikir dan renung-renungkan segalanya..

No comments:

Post a Comment