Thursday, November 25, 2010

Peristiwa Memali

Opps ... dilewati ingatan tragedi Memali.

Mana tidak, mereka teringat kesalahan curi duit anak yatim Memali. Duit dari Tabung Memali sudah jadi Harakah. Baca RBF sini dan sini.

Harakah kini berhadapan dengan tuntutan 14 hari untuk tarik balik laporan. Memetik dari Suara 1UMNO, baca berikut:
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang kawasan Pulau Betong Muhamad Farid Saad daripada Barisan Nasional (BN) memberi tempoh dua minggu kepada akhbar terbitan Pas, Harakah, supaya memohon maaf berhubung laporan yang tidak benar mengaitkan beliau.

Katanya, jika akhbar itu gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari ini, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.
Lewat maaf dan tarik balik laporan, akan jadi seperti Suara Keadilan yang sudah kalah RM100 juta kepada saman Felda dan Dr Zambery.

Disamping itu, MyKMU melaporakan beberapa GLC Kedah yang selama ini digunakan PAS untuk cilok duit untuk operasi parti mereka sudah bungkus.
... Kedah Communication & Event telah mengalami kerugian yang dianggarkan lebih dari RM4 juta! Memandangkan kerugian lebih dari RM4 juta itu, maka operasi GLC Kedah itu terpaksa digantung. Bayangkan apa yang terjadi pada para pekerja di GLC tersebut…

Kemudian di dalam masa yang sama, Kedah Agro yang melaksanakan projek ternakan ikan keli juga di rundung malang. Projek Ternakan Ikan Keli secara besar-besaran yang bermodalkan RM3.6 juta pula hanya mampu menjana RM400 ribu sahaja walaupun telah berjaya menjual lebih dari 3/4 dari ternakan ikannya. Dikhabarkan juga bahawa MOU di antara Kerajaan PA Negeri Kedah dan Kerajaan Mesir juga telah dibatalkan kerana Kerajaan PAS Kedah tidak mampu untuk membekalkan 1 tan ikan keli ke Mesir. “Ikan Keli sudah habis..”
Inilah bala bagi mereka yang curi duit anak yatim. Konon nak memperingati Memali ...

Festival Memali kini membuka pekung di dada Pas apabila penulis buku bertajuk Memoir Tragedi Memali mendakwa bukunya disekat dan tidak dibenarkan dijual di festival berkenaan kerana buku itu mendedahkan segala penyelewengan dan salah laku pemimpin tertentu dalam Pas.

Penulis buku tersebut, CN Alafghani, mempersoalkan ke mana perginya wang Tabung Memali yang ditubuhkan oleh Pas selepas berlaku peristiwa Memali pada November 1985. Sesudah 25 tahun baru penyelewengan ini dibongkar. Pendedahan ini dihadiri sama anak Ibrahim Libya.

Jadi untuk apa sebenarnya festival itu diadakan kalau anak Ibrahim Libya sendiri turut bersama penulis buku itu mendedahkan segala penyelewengan Pas itu? Wang tabung itu adalah untuk anak yatim yang kematian ayah dan janda yang kematian suami dalam peristiwa Memali.

Malaysia Instinct sini

No comments:

Post a Comment