Sunday, October 24, 2010

SEJARAH MENJADI SUBJEK WAJIB UNTUK LULUS SPM??

Bermula 2013 subjek sejarah menjadi subjek wajib lulus untuk memperolehi sijil SPM. Secara tidak langsung menjadi subjek kedua wajib lulus selepas Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, nescaya keputusan kerajaan ini akan menjadi polemik kepda sesetengah pihak. Sama ada secara positif atau negatif. Namun dengan keputusan ini, ia secara langsung dapat menggalakkan pelajar-pelajar sekolah untuk memberikan lebih perhatian kepada subjek tersebut. Walaupun seperti yang diketahui subjek ini sebenarnya subjek yang amat kurang mendapat perhatian dan mereka merasa amat bosan. Oleh itu, dalam memastikan matlamat dalam keputusan yang dibuat, pihak kerajaan terutamanya KPM harus menyediakan satu pendekatan yang terbaik yang perlu digunakan oleh semua guru Sejarah dalam memastikan kesemua pelajar yang akan menghadapi SPM mendapat keputusan yang baik dalam subjek tersebut. Hal ini memaksa guru Sejarah hendak atau tidak terpaksa keluar masuk sekolah untuk menghadiri kursus dalam memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Keputusan yang dibuat oleh kerajaan ini merupakan satu keputusan yang realistik memandangkan subjek ini merupakan salah satu subjek yang menerapkan elemen nilai-nilai murni dalam menjadikan seorang warganegara itu sayang dan cinta akan negara ini. Dari situ akan memupuk semangat patriotik di kalangan pelajar, semoga kesejahteraan dan keamanan negara yang diperolehi serta dirasai sekarang akan kekal sampai bila-bila. Tahniah dan Terima Kasih kepada pihak kerajaan kerana menjadi subjek ini menjadi subjek utama dalam memperolehi kelulusan SPM, ia mampu menyedarkan pelajar-pelajar peri pentingnya sejarah ini. Dengan itu, mereka semua akan tahu asal-usul dan peristiwa-peristiwa yang penting sebagai renungan untuk menjadi panduan pada masa hadapan sebagai pewaris kepimpinan negara.

No comments:

Post a Comment