Sunday, October 24, 2010

ANAK PERAK UPSI AKAN KE PADANG RENGAS

Pendidikan pada hari ini merupakan satu elemen utama dalam masa kini. Sekiranya sesebuah negara tidak menitiberatkan sistem pendidikan di negaranya maka runtuhlah sesebuah negara itu. Walaubagaimanapun, seperti di Malaysia walaupun sistem pendidikan berkembang pesat sejajar dengan hasrat kerajaan yang ingin menjadi sistem pendidikan di negara ini sejajar dengan sistem pendidikan dunia dalam melahirkan para ilmuwan minda kelas pertama, masih lagi terdapat beberapa golongan yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pendidikan yang lebih tinggi sama ada di IPTA atau di IPTS. Oleh itu, sebagai sebuah universiti pendidikan yang terulung di Malaysia dan merupakan sebuah universiti pendidikan Diraja yang ada di Malaysia, kumpulan Anak-anak Perak UPSI iaitu HADARI telah diberi peluang dan ruang untuk bekerjsama dengan Gagasan Melayu Perak (GMP) , Kerajaan Negeri Perak dan Biro Tata Negara (BTN) untuk melaksanakan satu program baktisiswa yang diberi nama PERWIRA 10’ dengan lokasi pertama di Padang Rengas, Kuala Kangsar Perak. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk melatih dan memberi motivasi kepada anak-anak bangsa yang kurang diberi peluang untuk bersama dengan mahasiswa IPT dalam menjadi sumber inspirasi mereka untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan dan mampu ke menara gading. Dengan inisiatif yang ada seramai 80 orang mahasiswa anak Perak yang terdiri daripada ahli Himpunan Anak Darul Ridzuan (HADARI) UPSI akan menyertai program tersebut. Pada masa yang sama, program tersebut akan turut dihadiri oleh Raja Dihilir Perak semasa hari pertama dalam penyerahan pada peserta kepada keluarga angkat dan Majlis Penutupan akan dihadiri oleh Menteri Besar Perak. Apa yang menarik program ini, ia merupakan daerah yang pertama dan masih ada lagi 32 daerah yang akan dikunjugi oleh mahasiswa Anak Perak dan akan dilaksanakan oleh semua Persatuan dan Kumpulan Anak Perak di semua IPT di Malaysia mengikut giliran yang telah ditetapkan. Dalam pada itu, Dato Seri Mohd Helmi yang merupakan Presiden GMP telah hadir pada petang tadi dalam menyampaikan amanat beliau kepada para peserta berkaitan dengan program tersebut. Ternyata batu asas dalam pelaksanan program ini tidak lain tidak bukan hanya untuk membangunkan semula anak-anak bangsa kita yang kurang diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak-pihak tertentu. Katanya lagi, “dengan adanya program seperti ini ia tidak akan putus sehingga 3 hari program ini berlangsung sahaja, bahkan hubungan yang terjalin antara peserta dengan keluarga angkat akan terus kekal sampai bila-bila.” Hal ini secara tidak langsung impak daripada program tersebut akan dapat dirasai oleh semua pihak yang terlibat.

No comments:

Post a Comment