Monday, September 27, 2010

Perbualan Antara Seorang Melayu Islam Dengan Bishop di New York Part 4...


Di suatu sudut dinding rumah jiran ada sebuah bendera yang menarik perhatian aku.. Kalau mengikut firasat aku berdasarkan status jiran.. Sudah pastiya simbol salib atau patung jesus yang menghiasi bendera….Tapi bendera itu ada topi Paus dan 2 kunci bersilang…

Aku: Pak cik…Kenapa kunci begitu penting dekat bendera itu…Apa ada dengan benda bodoh seperti kunci ini….Apasal tak letak salib jer macam biasakan?..

Bishop: Yang itu ye…….. Itu bendera vatican..itu kunci dunia sebelum Nabi Muhamad diambil tuhannya,di suatu pembaringan….Dia sedang diuji dgn suatu yang amat berat,tuhannya memberi pilihan sama ada kembali disisinya atau diberi “kunci dunia” serta hidup sehingga saat kerosakan umat akhir zaman. Alangkah bagusnya jika Nabi Muhamad ambil “kunci dunia” itu…Dan kami tidak perlu lakukan apa2 pun kerana ia pasti tertanggung di bahu Nabi Muhamad, tapi Nabi Muhamad pantas menghidu kalau ia menyebabkan umatnya mendapat kecelakaan. Kami rampas “kunci dunia” itu dan membuatkan giginya mengikut kesukaan kami, supaya apabila Nabi Muhamad kembali nanti, kami dapat berkata…….

“Hai Nabi Muhamad inikah “kunci dunia” yang tuhan kamu maksudkan,ia telah mendatangkan kecelakaan kepada mereka”. Selepas itu mereka semua meniggalkan Nabi Muhamad dan datang kepada kami…lalu bagaimanakah Nabi Muhamad dapat menuding jari ke arah kami?…telah kami sematkan “kunci dunia”itu pada bendera kami….akan kami hadiahkan kepada Nabi Muhamad nanti.

Aku: ….Adakah ini bermaksud “kunci dunia” yang Nabi Muhamad tidak ambil itu..Sekarang telah berada di tangan Vatican?

Bishop: Ya…bukannya jiwa2 kamu yang membentuk persekitaran….Tetapi persekitaran dibina untuk membentuk jiwa2 kamu mengikut apa yg kami kehendaki…

Aku: Kalau “kunci dunia” berada di tangan orang2 pak cik, macamana pulak kunci dunia ni akan merosakkan kami?

Bishop: Nabi Muhamad dan sahabat2nya membina persekitarannya seperti “molekul-molekul yang disusun sebelah-menyebelah dan mengikat kuat antara 1 sama lain….”Lucifer telah berputus asa terhadap perkara-perkara yg besar, maka Nabi Muhamad mengingatkan sahabat2nya akan perkara2 yg kecil (molekul) dan kerosakan yg sekecil (molekul) telah berlaku kepada islam sedetik selepas Nabi Muhamad diambil tuhannya. Kerana tuhan kepada Nabi Muhamad menghitung pahala dan dosa sekecil zarah molekul, dan ikatan molekul-molekul ini boleh menjadi longgar dengan dihentam oleh daya sekecil zarah secara berterusan…

Maka sekecil zarahlah kami membina perkara-perkara di dunia ini…dan selebihnya Lucifer akan menguruskanya cuba lihat kesenangan di dunia ini yang tiada pada Zaman Nabi Muhamad dahulu….apa yang ada di dunia sekarang inilah yang membina hati2 dan jiwa2 kamu…yang sedikit pun kami tidak ambil, padahal kami yang membinanya hanya untuk kamu…..lihatlah manusia di sekeliling kamu..kebahagiaan mereka bergantung kepada “barangan buatan kami”….Ya,mereka sudah tidak mengerti bagaimana mahu bahagia dengan “barangan buatan tuhan”…..Mereka semua akan sujud di kaki kami dan meninggalkan Nabi Muhamad …kami tidak perlu mempertahankan ”barangan buatan kami” apabila Muhamad ingin menghancurkannya…Tetapi lihatlah!Mereka yang akan mempertahankannya sendiri…Maka tercabutlah Syahadah dari roh mereka…

Lihatlah manusia zaman sekarang.

Apa yang dikejar oleh mereka?

Kemewahan dan kesoronokan semata-mata!

Saya tertarik dengan kata-kata dari Bishop tersebut:

Lucifer telah berputus asa terhadap perkara-perkara yang besar, maka Nabi Muhamad mengingatkan sahabat2nya akan perkara2 yang kecil (molekul) dan kerosakan yg sekecil (molekul) telah berlaku kepada Islam sedetik selepas Nabi Muhamad diambil tuhannya..kerana tuhan kepada Nabi Muhamad menghitung pahala dan dosa sekecil zarah molekul, dan ikatan molekul-molekul ini boleh menjadi longgar dengan dihentam oleh daya sekecil zarah secara berterusan…Maka sekecil zarahlah kami membina perkara-perkara di dunia ini…Dan selebihya Lucifer akan menguruskanya

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis rekod Nabi Muhamad:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Aku: Pak Cik ini dari tadi asyik cerita tentang kehebatan orang2 pak cik jer…Takkan takda perkara2 yang merisaukan pak cik….orang kristian banyak masuk Islam kan… takan pak cik tak risau..takan gereja buat tak tahu jer…

Bishop: Alangkan umat Islam sendiri hilang Islam yang sebenar,inikan pulak yg baru masuk….Ya,raja kami (Paus) Pope Benedict pernah bagi tahu saya bahawa kami tidak akan menemukan Muhamad ke-2 (Al-Masih Mahdi), sebelum dia berjaya menemukan kami kepada khalayak ramai

Aku: Tapi..Orang Islam percaya Al-Masih Mahdi akan dilantik dan kemudian melaksanakan misinya

Bishop: Bagaimana jika saya kata dia tidak tahu siapa dirinya,dia mengetahui kebenaran dan melaksanakannya hanya kerana perasaan tanggungjawab,perlantikanya sebagai Al-Masih Mahdi itu menandakan usahanya telah berhasil dan bukannya baru bermula.

Aku: Tapikan kenapa dia berjuang pada waktu dirinya belom dilantik, selepas dilantik tak boleh berjuang ke?

Bishop: Inilah yang merisaukan kami, Al-Quran dan Nabi Muhamad tidak akan menipu tetapi ada sedikit helah yang disembunyikan daripada kami,mana mungkin dengan mudah berkata dia Al-Masih Mahdi muncul dan dilantik…..kalau begini senang2 saja kami menemukannya. Pope Benedict ada cakap Muhamad kali ini berbeza dgn Muhamad terdahulu,ulama2 kamu dibiarkn hidup sebab Muhamad yang dimaksudkan sedikit pun tidak menyerupai mereka2 itu. Muhamad akan kelihatan seperti penjenayah, orang yang melakukan kesalahan tetapi sebenarnya dia membawa kebenaran…..sedangkan kami pula seperti orang baik yang memperjuangkan nasib kamu. Ya..kerana dia tidak mahu kebenaran tertanggung di bahunya,kamu tidak akan menemui sebarang huruf2, abjad2 dan ayat2 dalam usahanya..

Aku: ….Abis tu siapa pulak yang akan ikut Muhamad ke-2 (Al-Masih Mahdi),? macamana nak tahu dorang?

Bishop: Kalau kamu mahu tahu … kamu datang kepada sesiapa sahaja dan kemudian ceritakan kebenaran kepada mereka,selepas kamu mendapat tempat di hati mereka…Mereka akan mengatakan kamu adalah orang2 yang baik2 dan kata2 kamu adalah paling benar…Oleh itu kebenaran sudah tertanggung di bahu kamu, mereka melihat kamu….nama kamu..kemudian kamu bersikap buruk lalu kamu perhatikan saja ragam mereka….mereka akan mengatakan kamu adalah orang2 paling jahat…dan kata2 kamu adalah paling dusta…

Mereka adalah org yang paling lemah kerana memerlukan kebaikan kamu untuk membuat keputusan,sama ada cerita yang kamu jaja itu benar atau dusta. Dan orang yang gagah adalah mereka yang tidak memerlukan kebaikan kamu untuk memutuskan bahawa cerita kamu itu benar,dan tidak memerlukan kejahatan kamu untuk memutuskan bahawa cerita kamu itu dusta. Mereka ini adalah orang2 yang akan menyertai Muhamad ke-2 (Al-Masih Mahdi).

”Permata yang hilang dari tangan orang mukmin” akan kembali semula kepada tuannya,kerana mereka orang yang sudi menerimanya tidak kira bagaimana ia akan datang….dan mereka adalah orang yang benar2 yakin bahawa kebenaran itu milik tuhan dan Muhamad hanyalah sebagai penyampai..Perkara ini perlu sangatlah kita teliti,seandainya mereka mencari Muhamad ke-2 (Al-Masih Mahdi). Begitu juga dengan kita,kita pun janganlah disangka dengan sebegitu mudah untuk menemui Al-Masih Mahdi ini. Mereka pun sedang mencari dan kita pun akan terus ingin bersamanya. Sehinggakan suatu masa nanti kita pun susah untuk mengenalinya,oleh kerana agama yang telah mereka cuba pesongkan dan amat sukar bagi kita untuk menerima agama,sepertimana agama yang di bawa Oleh Baginda Rasulullah s.a.w. (Nabi Muhammad) nanti. Oleh itu kita hendak tak hendak,mahu tak mahu pasti kena menyusuli agama sebagaimana yang Nabi Muhammad mula-mula beragama,dan itulah yang sebenarnya. Dan yang lebih susah nanti bagi kita untuk menerimanya. Sehebat mana perancangan mereka, perancangan Allah maha hebat.

1 comment:

  1. abuya sheik imam ashaari mohammad adlh jnlan menuju ke imam mahdi itu ..
    percaya lah ..

    ReplyDelete