Andai ditanya zaman dalam kehidupan yang mana paling mencabar dan resah untuk melaluinya nescaya zaman remaja. Zaman remaja sering dikatakan sebagai zaman di mana seseorang itu baru hendak mencari jati diri dan keperluan yang ada dalam diri. Namun, sekiranya pencarian itu terpesong nescaya boleh merosakkan akidah dan akhlak seseorang insan. Maka, tidak harian jika dikatakan pada abad ke-21 dengan dunia tanpa sempadan berlaku pelbagai masalah yang didalangi dan dihuni oleh golongan remaja. Namun apa yang lebih menyedihkan golongan remaja tersebut adalah kaum dan bangsaku sendiri iaitu bangsa melayu.
Jika dikira di pusat serenti dan penjara yang paling ramai mendudukinya adalah remaja melayu, namun itu tidak termasuk lagi yang masih terbang bebas di sekitar kita dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Di sebalik aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka, sebenarnya ada sebab musabab yang tersirat kenapa perkara ini berlaku? Jika direnungkan sejenak di manakah peranan golongan tua yang menghuni jawatan ketua kampung, penghulu dan tok imam di setiap ceruk kampung dan kawasan perumahan? Seperti biasa sebelum mendapat jawatan pelbagai perancangan diutarakan mengalahkan membentangkan bajet negara tetapi apabila jawatan dan kuasa di tangan apa yang dirancang hanya tinggal rancang tidak dilaksanakan.
Seperti yang kita ketahui, remaja atau golongan muda ini inginkan sesuatu aktiviti yang mampu mengisi masa seharian mereka tetapi jika organisasi yang mempunyai kuasa terhadap kawasan perumahan dan kampung tidak menjalankan aktiviti maka mereka merancang dan melaksanakan aktiviti mereka sendiri. Maka tertumbuhlah aktiviti seperti lumba haram, hisap dadah, mencuru, ragut dan sebaginya. Apabila terjadinya sesuatu kes akhbar begitu menyalahkan golongan remaja ini tetapi tidak pula menyalahkan mak dan bapa yang menjaga mereka dan ketua kampung dan penghulu yang mengetuai di kawasan perumahan mereka.
Renung-renungkanlah wahai bangsaku. Ke mana agaknya arah Melayu suatu ketika nanti. Adakah akan menjadi seperti Singapura yang dikuasai tanah airnya oleh orang bukan nusantara. Bangun dan bangkit dari angan-angan dan mimpi-mimpi yang dicipta oleh Barat dan Yahudi Laknatullah kerana tanah tumpah kita bakal berdepan kehancuran sekiranya pewaris tanah ini hancur dengan segala najis dunia. Kepada ibu, bapa, penghulu dan segala ummah, perhatikan sekeliling anda, adakah masa akan datang akan sama seperti sekarang dan adakah kuasa yang dipegang akan mampu dipegang oleh bangsa kita suatu hari nanti.

No comments:
Post a Comment