Thursday, May 13, 2010

FENOMENA LESEN JUDI ???

Semenjak kenyataan yang dikelaurkan oleh Timb Menteri Kewangan 2 bahawa kerajaan dalam CADANGAN untuk memberikan lesen perjudiaan bola sepak sempena Piala Dunia yang bakal menjelma tidak lama lagi telah menyebabkan berbondong-bondong kenyataan yang dikeluarkan oleh orang yang bernama manusia baik di media massa, laman sosial dan sebagainya dalam mengkritik tindakan yang dilakukan oleh kerajaan.

Namun, semalam keluar satu kenyataan dalam blog ADUN pakatan pembangkang yang mengatakan bahawa pemimpin PR termasuk DAP tidak setuju tindakan kerajaan untuk ‘menghalalkan’ perjudian dan menyokong haamkan judi di Malaysia. Tapi kalu kita berfikir sejenak,di Malaysia ini negeri yang diperintah oleh DAP adalah Pulau Pinang,betulkan?? Dan kalau kita lihat di sana permis perjudian, arak dan sebagainya adakah ditutup atau dihapuskan oleh barisan pemimpin yang dikatakan Pemimpin Rakyat (PR). Semestinya tidak?? Walaupun dikatakan bahawa menghisap rokok tersebut adalah haram, tapi masih lagi wujud di kalangan pemimpin baik yang partinya ingin menengakkan agama, bangsa dan tanah air masih juga melakukan hal sedemikian. Jadi muhasabahlah diri masing-masing.

Jadi adakah kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PR itu hanya retorik semata-mata bagi membutakan mata dan hati rakyat Malaysia yang tidak mengerti atau membaca perkara-perkara yang berlaku disekeliling mereka. Daripada Perhatian penulis, kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan adalah hanya CADANGAN, masih belum lagi dikuatkuasa dan penulis kira sekiranya di bawa ke Parlimen untuk diluluskan jauh sekali untuk mendapat persetujuan dari semua ahli dewan.

Walaubagaimanapun, kita sebagai rakyat Malaysia yang memilih pemimpin di negara ini berhak untuk menyatakan tidak setuju dengan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Namun, biarlah ia mengikut prosedur dan jalan yang sah. Penulis juga tidak bersetuju dengan beberapa tindakan kerajaan, tetapi jangan mengaburkan mata rakyat dengan tipu muslihat yang indah khabar dari rupa. Penulis yakin dan percaya dengan konsep “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, suara rakyat akan didengari oleh kepimpinan tertinggi negara. Penulis yakin dan percaya kekusutan yang melanda ini akan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin tidak berapa lama lagi.

No comments:

Post a Comment