Wednesday, September 2, 2009

SEJARAH TERCIPTA LAGI......


Pada 2.9.2009 satu lagi sejarah tercipta di Malaysia . Sekali lagi Malaysia digemparkan dengan politik yang terumbang-ambing yang berlaku di Perak. Di mana PR sekali lagi mengadakan sidang DUN bukan di Bangunan Kerajaan Negeri Perak (SUK) atau di Parlimen, tetapi di Hotel Heritage Ipoh berhadapan dengan Istana Raja Dihilir Perak. Sebelum ini sidang DUN buat julung-julung kali dalam sejarah politik dunia diadakan di bawah pokok tetapi kali ini berubah tempat ke Hotel Heritage akibat daripada dihalang memasuki Bangunan SUK. Ternyata Perlembagaan Malaysia semakin hari semakin tercabar dan dicabar kerana masyarakat di Malaysia khususnya wakil-wakil rakyat PR di Perak tidak mengendahkan lagi segala perundangan yang ada di Malaysia. Bagi mereka apa yang penting, apa yang mereka mahu meraka akan buat, tidak kisah di mana asalkan hasrat dan keinginan mereka supaya Sultan membubarkan DUN dengan mengadakan keadaan seperti ini. Namun sampai bla perkara sebegini akan berakhir? Persoalan yang sering bermain di fikiran masyarkat Malaysia terutamanya di negeri Perak. Bertikam lidah sesama sendiri sehinggakan kebajikan pengundi terbiar dan yang dipersalahkan adalah kerajaan yang memerintah dengan alasan tidak menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Tetapi hakikatnya sekiranya dasar telah dibuat dengan hebat sekali pun tetapi pelaksanaannya tongang langang sampai bila-bila pengundi-pengundi tidak dapat mengecapi keselesaan yang diinginkan. Inilah yang disifatkan sebagai perjuangan untuk kepentingan parti kerana apa yang paling penting sekali adalah kuasa dan kemenangan, tanggungjawab yang diamanahkan perkara kedua atau ketiga. Renung-renungkan gambar berikut,sampai bila ia akan berakhir??


No comments:

Post a Comment