Wednesday, September 2, 2009

PERHATIAN KEPADA SEKRETARIAT PESTA KONVOKESYEN SIDANG KE-2 DAN MINGGU SUAIKENAL (SMS)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Perhatian kepada semua Sekretariat Pesta Konvokesyen Sidang Ke-2 dan Sekretariat Minggu Suaikenal (SMS) ambilan Julai 2009/2010. Satu Majlis berbuka puasa akan diadakan pada 4.9.2009 bertempat di Cafe Bitarasiswa. Majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan anda kepada universiti dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2008/2009 dalam menjayakan program tersebut. Semoga dengan majlis seperti ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita seterusnya dapat menghargai keringat dan titik peluh sahabat-sahabat sekalian dalam memjayakan program-program ini. Semoga sahabat-sahabat yang masih lagi junior dapat meneruskan perjuangan anda bagi membantu universiti dengan menyertai program-program yang akan diadakan kelak serta mencari seberapa banyak pengalaman dalam meningkatkan soft skill anda semua dan mampu menjadi guru yang Bitara suatu hari kelak. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2008/2009 dengan mendapat kerjasama dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA). Semoga kehadiran anda semua dapat memeriahkan lagi majlis kami pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment