Monday, February 8, 2010

Tarikh Keramat (9 Februari 2010)


Sudah pasti esok 9 Feb 2010, media massa akan tertumpu pada satu keputusan yang sekian lama belum mendapat kebenaran. Esok 9 Februari akan diketahui siapakah sebenarnya MB Perak yang SAH. Jika dilihat sejak akhir-akhir ini, PAS dan BN sibuk menjalankan program-program yang lebih dekat dengan rakyat antara KUDETA yang dianjurkan oleh PAS pada minggu lepas dan BN dengan Program Satu Malaysia Peringkat Negeri dan sebagainya. Persoalan di sini apakah tujuan sebenarnya program-program berikut diadakan, adakah untuk kepentingan rakyat atau hanya mainan politik yang bertujuan untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka adalah yang terbaik. Namun, perkara pokok yang ingin disampaikan adalah berkaitan dengan keputusan mahkamah esok hari. Andai kata Y.A.B Dato Seri Nizar menang apa yang akan berlaku pada suasana politik Perak dalam masa terdekat dan apakah pula kesannya jika Y.A.B Dato Seri Zambry menang di Mahkamah Persekutuan esok. Ada pihak yang mengatakan jika Y.A.B Dato Seri Nizar menang esok, sekiranya benar MB Perak yang sah Y.A.B Dato Seri Nizar apakah kesannya pula kepada keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak pada tempoh hari dan ada pihak yang mengatakan “DS Nizar hanya boleh hilang kuasa apabila beliau mendapat undi tidak percaya oleh ahli-ahli DUN. Persoalannya di sini, katakanlah DS Nizar diisytiharkan sebagai MB Perak esok, dijangkakan 'Speaker' sekarang akan memanggil sidang DUN tergempar untuk mendapatkan undi tidak percaya kepada DS Nizar..kita semua tahu sekarang ada 3 extra kerusi dari PR. Maksudnya nampak gaya jika menang pun takut jadi macam dulu. Di mana tidak sampai 24 jam bertukar balik kuasa. Namun sebagai anak jati Perak, saya yakin dan pasti seluruh warga Perak inginkan keputusan yang terbaik dari Mahkamah Persekutuan dalam memutuskan siapa MB Perak yang SAH untuk mengembalikan semula sinar baru kepada pentadbiran kerajaan negeri Perak yang telah mencecah hampir 12 bulan dalam keadaan kucar-kacir. Semoga Allah s.w.t memberkati negeri Perak. Amin..

No comments:

Post a Comment