Monday, August 10, 2009

DEMOSTRASI HARAM BANTAHAN TERHADAP I.S.A

Isu ini penulis berasa baru berusia seminggu dari tarikh penulis paparkan kepada pembaca. Masih hangat lagi dibicarakan baik ahli-ahli politik, blogger-blogger, dan sebagainya. Bagi pendapat penulis, penulis berasakan ISA ini masih lagi relevan cuma penggubalan terhadap akta ini sahaja yang perlu diperbaharui mengikut kepada peredaran zaman dan suasana abad ke-20 ini. Sehingga kini ramai di luar sana ternanti-nanti apakah pembaharuan yang diputuskan dalam Parlimen? Tujuan penulis memaparkan isu ini bukan untuk menghuraikan apa itu ISA tetapi lebih kepada pendapat penulis Demostrasi Haram yang diadakan pada tempoh hari. Agak menghairankan sekiranya berlakunya demostrasi semestinya majoriti yang hadir adalah di kalangan orang Melayu yang agamanya adalah Islam. Penulis ingin memetik kata-kata dari buku yang dibaca, “Orang Melayu perlu ingat, bahawa semakin banyak mereka ghairah bergaduh, pihak lain lebih bijak bertindak dengan menyodorkan agenda kepentingan mereka.” “Adakah kebencian terhadap sesama bangsa dan agama mewajarkan kita untuk membuka pintu kepada pihak lain yang siap siaga untuk menangguk di air keruh?” Seingat penulis, agama Islam tidak mengajar diadakan rusuhan-rusuhan seperti ini. Sehinggakan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang awam terutamanya para peniaga. Sekiranya dikatakan ISA ini kejam dan patut dimansuhkan, adalah lagi kejam penulis kira memusnahkan periuk nasi para peniaga di sekitar kawasan demostrasi dan yang menjadi mangsa juga orang Melayu yang agamanya Islam. Apa akan jadi pada agama Islam dan bangsa Melayu di Malaysia suatu hari nanti? Sudah berpecah belah orang Melayu di Malaysia, apabila berpecahnya orang melayu maka berpecah-belah orang Islam di Malaysia. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 103, Hendaklah kamu berpegang kepada tali Allah (hukum Allah) seluruhnya dan janganlah kamu berpecah belah. Kemudian Riwayat al-Bukhari dan Muslim, “Tidak sempurna iman seseorang kamu hingga dia mengasihi saudara Islamnya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” Tepuk dada tanyalah Iman para pembaca. Adakah tidak sempurna iman orang-orang yang berada dalam kelompok tersebut membolehkan kejadian seperti itu berlaku? Adakah akan tertegaknya Islam di bumi Malaysia sekiranya perkara seperti ini sering berlaku? Belajarlah Daripada Rasulullah Bagaimana Baginda Membina Satu Bangsa Bermaruah.

No comments:

Post a Comment