
Pada 8 p.m tadi, keputusan telah diumumkan oleh pegawai SPR, bahawa DUN Permatang Pasir menjadi milik PAS. Di mana calonnya Mohd Salleh Man berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 4,551 kurang 882 undi daripada Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi. Mohd Salleh Man memperoleh 9,618 undi manakala calon BN Rohaizat Othman mendapat 5,067 undi. Peratus yang keluar mengundi hanyai 73.1 peratus kurang 9.5 peratus pada PRU yang lalu. Ternyata keseluruhan daripada pilihanraya kecil yang diadakan selepas PRU yang lalu, BN tidak memenangi satu pun kerusi yang dipertandingkan. Di manakah silapnya? Adakah isu yang dimainkan kurang mendapat perhatian para pengundi, adakah dasar BN sendiri dan sebagainya. Apa yang pasti bukan mudah untuk membangunkan semula sebuah parti yang tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat sehingga mengakibatkan PRU Mac 2008 yang lalu, 5 buah negeri jatuh ke tangan PR walaupun sekarang hanya tinggal 4 negeri sahaja setelah Perak dipegang semula oleh BN.
No comments:
Post a Comment