Saturday, May 9, 2009

Sepanjang Semester 2 2008/2009......

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah sepanjang semester semester 2 08/09 ini selaku Bendahari MPP dan berada dalam kumpulan pemimpin pelajar ini, pelbagai usaha dan kejayaan yang terhasil oleh kami satu pasukan walaupun tidak sehebat Tun Dr. Mahathir yang mampu memodenkan Malaysia. Antara usaha yang dilakukan, kami berjaya mengekalkan kedai yang menjadi tumpuan para pelajar di Bangunan Bitarasiswa UPSI iaitu kedai alat tulis dan buku @ lebih dikenali Abg Faizal. Seterusnya berkaitan dengan tarikh Pesta Konvokesyen yang ditarik semula ke bulan Ogos walaupun pada asalnya diputuskan untuk diadakan pada bulan Disember. Dengan melihat pro dan kontra daripada bulan yang diputuskan,kami meminta untuk di tarik balik supaya diadakan kembali pada bulan Ogos seperti tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulillah berjaya diterima oleh pihak Universiti walaupun mendapat bantahan daripada beberapa kumpulan pelajar tertentu. Buat julung-julung kalinya MPP mengadakan kejohanan olahraga tahunan yang pertama UPSI pada tahun ini dan sekaligus menjadikan Kejohanan Olahraga ini sebagai acara tahunan UPSI untuk masa-masa yang akan datang. Kami juga berusaha supaya biasiswa KPM semester ini dipercepatkan bagi pelajar-pelajar yang baru menerima biasiswa tersebut walaupun tidak seperti tarikh yang kami jangka tetapi setidak-tidaknya ia berjaya dipercepatkan proses pengeluaran biasiswa tersebut kepada para pelajar. Setelah tamat semester ini hampir 11 buah kelab/persatuan berjaya kami sumbangkan bagi menjayakan program yang dijalankan serta beberapa buah subjek kokurikulum juga turut disumbangkan. Tidak dilupakan juga kepada kolej-kolej yang mengadakan program mereka sendiri, kami turut menyediakan peruntukan kepada mereka bagi menjayakan program yang dilaksanakan. Ini merupakan serba sedikit usaha-usaha yang dilakukan oleh pasukan kami. Walaupun masih banyak lagi yang kami lakukan ini adalah sebagai tatapan kepada para sahabat-sahabatku di UPSI. Semoga akan ada lagi kejayaan yang akan terhasil pada semester yang akan kunjung tiba nanti dengan sokongan daripada para sahabat di luar sana. wassalam.

No comments:

Post a Comment