Tuesday, May 5, 2009

4 HARI LAGI........

4 hari lagi exam akan tamat. Tak sabarnya. Jumaat 8/5/09 Pedagogi paper yang terakhir. Lepas tu tamat sudah semester 4 pengajian di UPSI. Hanya tinggal 2 tahun lagi sebelum meninggalkan UPSI tetapi rasanya masih belum cukup lagi perkara yang dapat aku anugerahkan pada UPSI sepanjang pengajianku di UPSI. Rasa seperti baru semester lepas mendaftar sebagai pelajar UPSI. Begitu pantas masa berjalan meninggalkan kita. Yang penting apa yang berlaku pada hari semalam pengalaman yang paling penting dalam hidup kita untuk dibawa bagi menempuh hari-hari yang seterusnya. Kepada rakan-rakan yang masih belum habis peperiksaan Selamat Menduduki Peperiksaan dan All Da Bez serta bagi rakan-rakan yang sudah pun berada di kampung Selamat Bercuti diucapkan.

No comments:

Post a Comment