Wednesday, October 26, 2011

Pena Kembali Berdakwat

Pemimpin? Satu perkataan yang kerap kali kita dengar. Tidak kira sama ada pemimpin keluarga, kampung, daerah, negeri, negara dan sebagainya. Pemimpin juga tidak akan lari dari cengkaman seorang insan bernama lelaki. Kerana itu lumrah dalam kehidupan dan sejak Nabi Adam diturunkan ke bumi. Lelaki itu adalah pemimpin kepada perempuan dan perempuan dicipta juga untuk lelaki. Kejadian manusia juga telah berkata, wanita itu lahir dari tulang rusuk lelaki. Secara analoginya, wanita ini dicipta untuk membantu, menasihati, menguatkan dan sebagainya hati dan diri seorang lelaki. Sama ada di kala susah atau senang ia akan tetap bersama.

Pemimpin atau leaders turut dikenali sebagai leaders are learners. Kerana itu apabila dipilih atau terpilih sebagai seorang pemimpin bukan hanya menjadi pendengar kepada suara hati diri sendiri tetapi mendengar suara hati dan hasrat rakyat bagi pemimpin masyarakat atau anak bagi pemimpin keluarga. Pendek kata, pemimpin perlu mempunyai sifat mendekati masyarakat. Cuma sejak akhir-akhir ini, pemimpin lebih dikenali seperti selebriti tetapi bukan seperti murabbi. Dalam maksud yang dinyatakan tadi tetapi secara tersurat dan tersirat kenyataan seperti ini tidak boleh disinggah kerana ia sedang berjalan dan berputar di bumi ini.

Setiap kali seorang pemimpin bercakap di atas pentas dan di hadapan masyarakat, selalu kedengaran tentang kehebatan ‘beliau’ ketika remaja, dewasa, belajar, bekerja dan sebagainya. Kelebihan yang disampaikan itu boleh menjadi kebaikan dan keburukan. Kebaikannya akan menjadikan beliau sebagai Role Model kepada masyarakat-masyarakat yang mendengar dan mengikuti cerita yang disampaikan. Keburukannya pula apabila terlalu ‘over’ menyebabkan ia akan menjadi ucapan di atas angin, yang akan hilang apabila pemimpin itu berlalu pergi. Hal ini disebabkan kekuatan peribadi tidak sekukuh dan seteguh kekuatan ilmu. Jadi adalah lebih baik, diketengahkan formula yang sesuai dalam menjadikan ucapan atau kata-kata yang disampaikan menjadi input yang berguna kepada yang mendengarnya.

Selagi bergelar pemimpin selagi itu perlu belajar. Satu ungkapan yang menjadi azimat pada diri ini. When you stop leraning, you stop leading. Nabi Muhammad s.a.w juga menuntut kita menuntut ilmu sampai ke China. Secara tersirat, tuntutlah ilmu sejauh yang mampu dan sepanjang umurmu. Kerana ilmu yang dicari itu tidak akan rugi malahan akan membawa keuntungan pada diri kita. Walaupun harta berjuta-juta, emas bertimbun-bertimbun ia tetap tidak ternilai mahalnya nilai sebuah ilmu.

1 comment: