Thursday, July 29, 2010

Bangkit Bangsaku...

Orang Melayu merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu yang telah lama memerintah Tanah Melayu, tanah tumpah darah kita ini. Malah sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu, telah wujud sistem pemerintahan Kesultanan Melayu secara sistematik. Orang Melayu juga telah sejak zaman berzaman menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka mengembangkan sayap menjadi pedagang dan peniaga di samping menjadi ulama dan ilmuwan terbilang dan mengharung samudera menjelajah dunia.

Orang Melayu terutamanya orang Melayu Perak merupakan kalangan pejuang Melayu yang mencetuskan semangat perjuangan mennetang Inggeris dengan pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak.

Namun selepas 53 tahun merdeka, orang Melayu dilihat telah hilang semangat perjuangannya, hilang kegemilangan serta hilang semangat perpaduan bangsa hingga menyebabkan kedudukan orang Melayu jauh ketinggalan dari kaum-kaum lain dalam semua bidang terutamanya bidang ekonomi dan pendidikan.

Kini hak keistimewaan Melayu dalam semua bidang terus dipersoal, kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi negara masih diperkecil, kedudukan institusi Kesultanan dan Raja-Raja Melayu masih lagi dipersenda. Kejujuran dan kesudian orang Melayu menerima kaum-kaum lain sebagai rakyat dan sama-sama merasai nikmat kemakmuran dan keamanan negara ini langsung tidak dihargai.

Kaum-kaum bukan Melayu dengan angkuhnya mengkritik Dasar Ekonomi Baru, kononya dasar ekonomi baru bertentangan dengan peraturan ekonomi pasaran. Mereka juga mengatakan dasar tersebut bersifat perkauman dan rasis, yakni dasar itu dikatakan pro-melayu/Bumiputera dan antikaum lain, atau dikatakan bahawa DEB adalah dasar diskriminasi terhadap kaum bukan melayu. Tetapi kaum-kaum bukan melayu yang lebih beruntung hasil dari DEB langsung tidak menghormati matlamat DEB dan terus menerus menidakkan hak dan peluang orang Melayu dalam Tanah air sendiri.

Mereka terus dengan angkuhnya mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, seolah-olah sengaja mencabar Perlembagaan dan kedudukan orang Melayu.

Bagi menyamarakkan kebangkitan semangat dan perpaduan bangsa Melayu dan bagi mendapatkan gambaran dan halatuju DEB, cabaran orang melayu dan agama Islam masakini dan perlembagaan Malaysia yang berpaksikan sejarah perjuangan dan memelihara hak-hak orang melayu dan kaum-kaum yang lain, semua orang melayu tanpa mengira kedudukan dan fahaman politik perlu bersatu padu memperjuangkan hak-hak orang melayu.

*Dato Seri (Dr) Hj Mohd Hilmi Hj Ismail

Perhimpunan Melayu Perak 2010

1 comment: