Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada Tuhan bapa iaitu salah satu oknam daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. selain itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah Theos tidak hanya Allah.
Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asala perjanjian lama yang dikenali Taurat dan perjanjian baru yang dikenali Bible. Ini adalah kerana perjanjian lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Bible di tulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang diguna oleh agama lain seperti kristian. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah diguna sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substance. kalimah Allah yang digunakan oleh kristian adalah bersifat taslis dan tauhid.
Perintah mahkamah yang dipohon untuk Catholic Herald Weekly untuk mengistiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama negera ini.
Kalimah Allah merupakan lafaz yang suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kaimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahwa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
No comments:
Post a Comment