Thursday, August 13, 2009

"PERGI TAK KEMBALI"


Itulah tajuk lagu yang begitu popular dari kumpulan nasyid No.1 Malaysia iaitu Rabbani. Namun, industri muzik tanah air pada hari ini dikejutkan dengan pemergian penyanyi utamanya iaitu Ustaz Asri. Beliau meninggal dunia akibat daripada penyakit jantung yang dialaminya dan dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11 pagi tadi ketika dalam perjalanan untuk di bawa ke hospital. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh. Amin. Beliau merupakan antara orang yang bergiat aktif dalam menyampaikan dakwah Islam melalui nyanyian nasyid. Kesannya pasti dirasai oleh industri muzik di negara ini amnya dan khususnya kepada industri nasyid di Malaysia. Al-Fatihah....

No comments:

Post a Comment