Tuesday, July 28, 2009

DIKUARANTIN !!!

Pada jam 1.30 pagi tadi pengumuman telah dibuat di semua kolej-kolej kediaman bahawa sehingga jam 11 pagi tidak dibenarkan para pelajar keluar dari kolej sehingga arahan dikeluarkan. Berikutan dari itu juga semua kuliah pada hari esok akan dibatalkan. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa penularan penyakit H1N1 sudah semakin merebak di UPSI. Langkah berjaga-jaga harus diambil kepada semua mahasiswa agar dapat menghindar dari dijangkiti penyakit tersebut. Kebersihan diri harus dijaga dengan teliti.

No comments:

Post a Comment