Tuesday, May 5, 2009

Tentangku

Assalammualaikum w.b.t. Nama diberi oleh ibu dan ayah Muhammad Asree b Abdul Aziz. Berada dalam semester 4 dalam bidang Pendidikan Sejarah minor Pendidikan Ekonomi. Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t aku dipilih oleh-Nya bagi memikul tanggungjawab sebagai pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sidang 2008/2009. Portfolio aku dalam barisan kepimpinan pelajar ini adalah di post Bendahari. Lebih dikenali sebagai 'penjaga duit'. Sekiranya sahabat-sahabat atau para pembaca yang mempunyai masalah berkaitan dengan kampus UPSI sama ada dalam bidang akademik atau kebajikan boleh menghantarkan aduan anda di email saya. virus_kozaski87@yahoo.com Saya berharap dengan salah satu cara ini dapat mendekatkan lagi diri saya dengan sahabat-sahabat di luar sana dalam menjaga kebajikan para sahabat di kampus dan insyallah saya akan cuba yang termampu untuk membantu para sahabat yang mempunyai masalah. Di sini juga saya akan mewartakan makluman-makluman yang terkini berkaitan dengan Universiti dan MPP. Sekian. Wassalam. Salam perkenalan pada semua.

No comments:

Post a Comment